• Tentang Retno Group

    Tentang Retno Group

Mengenal Retno Group Lebih Dekat

Retno Group Sdn Bhd ialah peneraju dalam pendidikan, perdagangan dan pengurusan emas patuh Syariah di Malaysia. Kami komited untuk membantu masyarakat memiliki emas fizikal secara strategik, selamat dan bebas riba. Melalui pengalaman dan kepakaran, kami membina kepercayaan serta memperkukuh masa depan kewangan berasaskan nilai sebenar.

Tentang Retno Group Sdn. Bhd.

Retno Group Sdn Bhd ialah sebuah syarikat yang berdedikasi membantu dan membimbing masyarakat membina kekayaan melalui pemilikan emas fizikal yang strategik, selamat dan beretika. Kami percaya bahawa emas bukan sekadar simbol kekayaan, tetapi satu bentuk aset sebenar yang mampu melindungi dan menambah nilai harta dalam jangka masa panjang.

Ditubuhkan pada tahun 2024 oleh empat rakan kongsi berpengalaman, Retno Group berperanan sebagai pengedar jongkong emas fizikal, pembeli emas lama, serta penyedia perkhidmatan penebusan surat pajak ar-rahnu. Melalui sistem dan pendekatan moden, kami membantu pelanggan menukar emas lama kepada jongkong pelaburan bertaraf antarabangsa (Au999.9), sekaligus menjadikan proses pemilikan emas lebih mudah dan patuh Syariah.

Visi Kami

Menjadi peneraju dalam membangunkan ekosistem pemilikan emas fizikal yang inklusif, patuh Syariah dan mesra komuniti di Malaysia serta rantau Asia.

Misi Kami

Objektif Korporat Retno Group Sdn. Bhd.

Membina Matlamat Jangka Panjang Berasaskan Nilai Sebenar

Platform Selamat

Menyediakan platform yang mudah dan selamat untuk menukar emas terpakai kepada jongkong emas pelaburan.

Simpanan Konsisten

Membantu masyarakat membina simpanan emas yang konsisten, berasaskan nilai sebenar dan bebas risiko riba.

Literasi Emas

Membangunkan masyarakat celik kewangan emas, terutama dalam kalangan komuniti yang belum memiliki aset logam berharga.

Pemangkin Kekayaan

Menjadi pemangkin kepada pendapatan dan kekayaan komuniti melalui simpanan dan pelaburan emas.

Barisan Pengurusan

Retno Group dipacu oleh pasukan pengurusan yang berpengalaman luas dalam bidang kewangan, pemasaran, pendidikan dan teknologi. Setiap individu memainkan peranan penting dalam memastikan operasi syarikat berjalan dengan lancar serta berpaksikan nilai Islamik.

Hafeez

Co Founder

Berlatar pendidikan perakaunan dari Universiti Teknologi Malaysia & terlibat dalam beberapa jenis perniagaan sejak tahun 2010 sehingga kini. Banyak terlibat dalam kerja-kerja pemasaran sebagai ‘Marketing Strategist’ yang merancang & menyusun kempen pemasaran & iklan produk mahupun perkhidmatan kepada beberapa jenis projek & perniagaan sendiri & klien. Mula terlibat dalam simpanan & pelaburan emas fizikal sejak tahun 2016 melalui beberapa platform.

Definal

Chief IT Officer

Sejak tahun 1996, saya telah membina kerjaya yang pelbagai dalam bidang Operasi IT, Automasi Proses, Projek Pembangunan Perisian, Aplikasi Berasaskan Web, Pengurusan Risiko dan Pematuhan IT, Pengurusan Kesinambungan Perniagaan, Pelaksanaan Penyelesaian Sumber Terbuka, Pentadbiran Sistem/Server, IPPBX, Rangkaian, serta Telekomunikasi.

Saya memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian dan membawa hampir tiga dekad pengalaman dalam peranan teknikal dan pengurusan. Prinsip hidup saya dalam mengejar kejayaan dalam perniagaan emas adalah ringkas tetapi berkesan:

“Lakukan sahaja dan pastikan ia terlaksana.”

Fatimazuraida

Chief Operation Officer

Berpengalaman sebagai tenaga pengajar dalam bidang IT & Multimedia selama 22 tahun dan berperanan sebagai Setiausaha dalam pertubuhan NGO dalam bidang dakwah dan ekonomi selama lebih dari 8 tahun. Menjadikan matlamat kehidupan sebagai misi utama dalam mendekatkan diri kepada ekonomi, pendidikan dan agama di Malaysia dan peringkat global. Mula berjinak-jinak dalam penyimpanan emas sejak Mac 2025 apabila mengetahui bahawa menyimpan emas untuk jangka panjang mampu menjadikan nilai harta dan aset senyap menjauhi riba.

Hanizah

Chief Finance Officer

Saya mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang kewangan, perbankan, dan pelaburan termasuk kewangan digital seperti Bitcoin. Fokus saya adalah strategi pelaburan jangka pendek dan jangka panjang melalui platform patuh Syariah.

Daripada pelbagai instrumen pelaburan yang pernah saya ceburi, kini saya memilih untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada emas sebagai simpanan dan pelaburan, masa kini serta masa depan. Dengan pengalaman luas dan ilmu pelaburan, saya yakin emas adalah aset sebenar yang mampu menggandakan nilai dengan konsisten.

Bersama Retno Group Bina Aset Berharga dan Berkat

Retno Group komited membantu anda membina kekayaan sebenar yang berasaskan nilai Islam.
Sertai ribuan penyimpan emas bijak yang telah memulakan langkah ke arah ekonomi bebas riba dan bernilai tinggi.

Soalan Lazim

Ketahui lebih lanjut bagaimana Retno Group membantu anda mengurus dan memiliki emas dengan cara yang selamat, telus dan berlandaskan prinsip Islam.

Adakah semua urus niaga Retno Group patuh Syariah?

Ya. Semua transaksi emas kami dijalankan mengikut prinsip jual beli Islam dan bebas daripada unsur riba atau spekulasi.

Bolehkah saya menukar emas lama atau surat pajak kepada jongkong baharu?

Boleh. Kami menyediakan perkhidmatan penilaian dan pertukaran emas lama, rosak, atau surat pajak kepada jongkong emas bersijil (Au999.9).

Adakah Retno Group menjual emas fizikal atau hanya urus niaga digital?

Kami menjual emas fizikal sepenuhnya dalam bentuk gold bar dan dinar pelbagai berat, yang boleh dimiliki secara terus oleh pelanggan.

Bagaimana saya boleh sertai program komuniti emas Retno Group?

Anda boleh sertai melalui laman web rasmi atau saluran media sosial kami di bawah program seperti MKEB365 dan KAEPAW.

Adakah Retno Group menyediakan latihan atau seminar emas?

Ya. Kami menganjurkan seminar, bengkel dan sesi konsultasi berkala bagi membantu masyarakat memahami ilmu kewangan emas dan strategi simpanan yang bijak.

Bagaimana cara untuk menjadi rakan niaga Retno Group?

Hubungi kami melalui borang “Hubungi Kami” di laman web atau WhatsApp rasmi. Pasukan kami akan memberikan panduan penuh untuk menyertai sebagai rakan niaga atau agen berdaftar.

Adakah harga emas yang ditawarkan sama dengan harga pasaran semasa?

Ya. Semua harga emas dikemas kini mengikut harga semasa antarabangsa (spot price) dan dipaparkan secara telus di platform kami.

Di mana saya boleh mendapatkan bantuan lanjut?

Hubungi kami di retnogrp08@gmail.com atau talian hotline 010-302 4297 untuk bantuan, konsultasi atau temu janji di pejabat kami di Putrajaya.

This is a staging environment